Friday, 8 January 2016

Tonton Liga Inggeris secara LIVE STREAMING

Pasukan Liga Inggeris pilihan Tuan Asam dari dulu ialah TOTTENHAM HOTSPUR

Tuan Asam amat meminati sukan bola sepak terutama Liga Inggeris ( Barclay Premier League) yang semakin hangat dimusim 2015/2016 ini.Memandangkan dirumah Tuan Asam hanya sekadar memiliki satelit TV NJOI,maka saluran sukan terlalu jarang bermain di kaca televisyen di rumah.Jika ingin menonton pun, Tuan Asam harus menggerakkan kaki ke pasar atau kedai berhampiran yang menjual kad prabayar NJOI.Namun bukan semua siaran sukan dapat disiarkan di NJOI.

Solusi atau cara yang sering Tuan Asam guna jika ingin menonton bola secara LIVE atau langsung hanyalah dengan menggunakan siaran atas talian(Streaming).Senang cakap,menonton menggunakan Streaming Website.Tuan Asam merupakan pelanggan Celcom,maka Tuan Asam hanya perlu topup RM10 atau Rm15 untuk menonton perlawanan bola sepak liga inggeris setiap sekali seminggu.Maksudnya disini Tuan Asam perlu melanggan pakej internet mingguan RM10 untuk 500MB atau RM15 untuk menambah nilai kuota ( MAXUP) sebanyak 1GB(Jika pakej internet masih aktif).Agak mahal sedikit akan tetapi ianya berbaloi .

Kajian demi kajian yang Tuan Asam buat sepanjang menonton setiap 90 minit siaran perlawanan bola sepak live streaming ini,Tuan Asam hanya memerlukan 250MB sehingga 300MB sahaja untuk setiap perlawanan.Masih ada baki kuota internet jika melanggan internet mingguan RM10 untuk 500MB.

Antara Senarai Perlawanan Yang akan berlangsung di NOBARTV



Laman sesawang untuk menonton bola sepak secara live atas talian pilihan Tuan Asam ialah NOBARTV.Laman sesawang live bola sepak streaming NOBARTV dari Indonesia ini merupakan pilihan nombor satu Tuan Asam untuk menonton bola sepak secara LIVE.Walaupun pada sebelumnya Tuan Asam banyak melawat dan singgah ke laman sesawang lain selain NOBARTV yang menyediakan perkhidmatan menonton siaran bola sepak secara Live,namun 70 peratus darinya amat mengecewakan.Seribu satu ralat atau iklan muncul ketika tengah kusyuk menonton.

Tidak seperti NOBARTV,walaupun terdapat beberapa gangguan dari segi iklan,namun iklan tersebut hanya muncul sekali sahaja untuk setiap streaming server yang disediakan.NOBARTV juga menyediakan seribu satu perlawanan bola sepak secara Live untuk setiap liga atau pertandingan yang ada diseluruh dunia.Dari Liga Sepanyol,Liga Inggeris hingga lah ke Liga Argentina.Semuanya terdapat di NOBARTV.


NOBARTV memaparkan Highlight untuk setiap perlawanan 


Apa yang menarik juga tentang laman sesawang NOBARTV ini ialah laman ini juga menyediakan berita-berita sukan bola sepak terkini dan terbaru.Terdapat juga HIGHLIGHT,imbasan perlawanan dan keputusan terkini.Tuan Asam galakkan sesiapa yang ingin menonton siaran bola sepak secara atas talian,boleh lah berkunjung ke NOBARTV .Jika hendak dikira atau dibanding dari segi rekaan laman web,NOBARTV tidaklah secantik mana.Asalkan kita sebagai pelawat dan pelayar yang ingin menonton siaran langsung bola sepak merasa puas dan berbaloi dengan setiap perlawanan bola sepak yang ditonton.

Klik DISINI untuk menonton perlawanan bola sepak NOBARTV

Bantu Saya Untuk Tunaikan Impian Mendapat 1 JUTA Klik.
Klik DISINI Untuk Penuhi Impian Saya.Terima Kasih
Pautan Ditaja Oleh Lynk.my

No comments:

Speak Your Mind

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger TemplatesPublished.. Blogger Templates