Friday 15 January 2016

Diganggu lembaga besar bermata merah

Sekadar gambar hiasan.Ikhsan dari google



"Zia kembali melalui jalan masuk ke kawasan kolam.Di pertengahan jalan masuk ke kolam, tiba-tiba sahaja cuping telinga Zia di tiup oleh sesuatu"







Kisah dan pengalaman ini diceritakan oleh sahabat karib Tuan Asam sendiri dan peristiwa ini berlaku di sekitar tahun 2001.

Rakan karib Tuan Asam  yang mesra dipanggil dengan panggilan Zia dahulunya pernah bekerja di kolam ternakan udang air tawar yang diusahakan oleh abangnya sendiri.Tugas dan rutin harian Zia hanya menjaga dan memastikan stok makanan untuk udang air tawar mencukupi dan memberi makan udang mengikut jadual yang tersedia.Boleh dikatakan hampir setiap 2 atau 3 kali seminggu beliau berulang alik sejauh 10 kilometer dari tapak kolam ke tempat stor penyimpanan makanan udang.Tidak mengira waktu siang atau tengah malam.Jika stok makanan udang air tawar tidak mencukupi,beliau sendiri akan memandu lori untuk mendapatkan stok makanan udang yang disimpan sejauh 15 kilometer dari kawasan kolam.Jika tidak dilakukan,sudah tentu beliau dimarahi oleh abang sulungnya yang merupakan pengusaha ternakan udang air tawar tersebut.

Perusahaan ternakan udang air tawar yang  diusahakan oleh abangnya bertapak jauh dari perkampungan dan berada dalam kawasan hutan paya. Jalan masuk dan jalan keluar dari kolam ternakan ketika itu(2001) masih lagi bersemak samun dan dikelilingi  pokok pokok kayu bakau yang besar.Belum ada sebuah rumah pun yang didirikan dikawasan itu.Hanya beberapa pondok kecil untuk pekerja kolam yang tinggal bermalam.Walaupun keadaan jalan keluar dan masuk kolam ternakan tidak begitu elok dan sempurna,namun Zia sudah terbiasa dengan keadaan jalan seperti itu.Masakan tidak,beliau sudah melalui kawasan tersebut hampir 2 tahun.Jalan dan keadaan sekeliling sudah sebati dengan diri Zia.


Seperti biasa,malam itu,sekitar jam 11 malam, Zia melakukan kerja rutin memberi makan udang.Ketika sedang memberi udang makan beliau  mendapati makanan udang pada malam itu tidak mencukupi.Beliau kembali mengira guni-guni yang tersimpan makanan udang.
"Kurang beberapa guni ni" bisik hatinya.Kegiatan dan aktiviti petang itu yang agak sibuk membuatkan Zia terlupa untuk mengira semula guni-guni yang berisi makanan udang. Memandangkan Zia takut dimarahi oleh abang sulungnya,maka beliau segera berlari mendapatkan lori , memandu dan meninggalkan sebentar kolam udang untuk mendapatkan stok makanan udang.Jika tidak,udang akan kelaparan.

Sepanjang malam itu ketika memandu dan melalui jalan keluar,Zia yang berseorangan memandu tidak merasakan apa-apa yang pelik akan berlaku.Setibanya di tempat penyimpanan makanan udang yang jauhnya hampir 10 kilometer dari kawasan ternakan udang,beliau segera meletakkan beberapa guni yang berisi makanan udang kedalam lori.Sempat juga beliau singgah ke rumah sebentar pada malam itu,untuk mengambil sedikit makanan ringan.Zia melihat jam ditangan sudah pun menunjukkan hampir pukul 1 pagi.
"Ya Allah,dah lewat ni" dengus hatinya.
Zia kembali memandu lori menuju ke kawasan kolam udang air tawar dengan harapan untuk menghabiskan tugas memberi makan udang di kolam dengan segera.

Zia kembali melalui jalan masuk ke kawasan kolam.Di pertengahan jalan masuk ke kolam, tiba-tiba sahaja cuping telinga Zia di tiup oleh sesuatu.Zia mula merasa sesuatu yang aneh dan peluh dingin mula membasahi dahi.Zia mula memecut laju lori seperti biasa.Beliau tidak lagi memikirkan bahaya.Asalkan beliau sampai ke kawasan kolam dengan cepat.

Zia hanya berdiam diri ketakutan.Zia tidak dapat tidur pada malam itu.Wajah lembaga besar hitam,bermata merah dan berbulu seakan monyet itu masih lagi bermain-main di dalam minda.

Sedang beliau memecut laju lori yang dipandu dengan tiba-tiba sahaja lembaga besar seakan monyet sebesar Bigfoot, berbulu lebat dan bermata merah besar melompat tepat kearah depan lori yang dipandu.Zia segera memberhentikan lori.Zia yang terpaku terkejut hanya mampu mengucap dan menyebut nama Allah berkali-kali.Kaki Zia seperti terpaku,badan tidak bergerak dan berat seperti dihempap batu.Peluh mula membasahi,badan terasa dingin.

Lembaga besar seakan monyet yang bermata merah itu memerhati Zia dengan pandangan yang menyeramkan.Seolah-olah ingin menerkam dan mencakar Zia.Lori seakan akan di goncang dengan kuat,bunyi enjin tidak kedengaran.Zia hanya mampu menutup mata dan menyebut kalimah Laila ha illallah tanpa berhenti.Selepas beberapa minit,lembaga besar hitam berbulu seakan monyet itu sekali lagi melompat, menghilangkan diri di balik pokok-pokok kayu yang besar.Sebaik sahaja lembaga besar seakan monyet itu hilang dalam kegelapan,Zia dengan segera memandu dan terus memecut lori kembali ke kawasan kolam.Sampai sahaja di dalam kawasan kolam ternakan,beliau segera berlari ke pondok kecil berhampiran tanpa menghiraukan guni-guni yang berisi makanan udang di dalam lori.Malam itu,udang-udang dikolam dibiarkan tanpa diberi makan."Apa nak jadi jadilah" bisik hati Zia.

Abang kepada Zia mula merasa hairan melihat adiknya itu berlari masuk kedalam pondok dalam keadaan yang ketakutan.Walhal pada sebelumnya,Zia tidak pernah berkelakuan seperti itu.Seperti orang dikejar sesuatu.
Abangnya  mula bertanya
"Kenapa dengan kau ni Zia,muka nampak pucat berpeluh macam dikejar hantu"
Zia hanya berdiam diri ketakutan.Zia tidak dapat tidur pada malam itu.Wajah lembaga besar hitam,bermata merah dan berbulu seakan monyet itu masih lagi bermain-main di dalam minda.

Keesokkan harinya barulah Zia menceritakan apa yang terjadi malam itu kepada abang -abangnya.Abang-abangnya hanya berdiam tersenyum mendengar cerita dan pengalaman seram Zia yang terserempak dengan lembaga besar berbulu seakan monyet dan bermata merah itu.Mungkin juga abang-abang Zia pernah terserempak dengan lembaga itu dan  tidak mahu menceritakan perkara itu kepada Zia yang merupakan adik sulung.Bimbang akan Zia yang hanya memikirkan lembaga itu dan tidak fokus dengan perusahaan ternakan udang air tawar yang diusahakan oleh mereka sekeluarga.

Dikawasan inilah lembaga besar seakan monyet itu sering muncul dan disini juga lah Zia diganggu oleh lembaga itu.Kini jalan keluar dan masuk kolam sudah pun dinaik tarafkan menjadi laluan utama penduduk kampung untuk ke daerah yang berdekatan.

Bukan Zia sahaja yang pernah diganggu dan terserempak dengan lembaga besar itu.Malah menurut beberapa orang penduduk kampung lagi,sebelum ini,mereka juga pernah terserempak dengan mahluk hitam besar berbulu seakan monyet sewaktu mereka pulang dari hutan dan melalui kawasan itu.Menurut mereka lagi,mahluk tersebut sering muncul ketika matahari mula tenggelam dan waktu senja.

Diatas sebab masalah kewangan , kerugian dan permintaan pasaran yang  memuaskan.abang sulung kepada Zia sudah tidak lagi meneruskan perusahaan kolam udang air tawar. Mereka adik beradik kini sudah beralih ke perniagaan yang lebih menguntungkan.Kolam udang air tawar  terbiar hampir sepuluh tahun telah pun dipenuhi semak samun dan pokok-pokok.Kini,jalan masuk dan keluar kawasan kolam sudah pun dinaiktrafkan menjadi jalan raya bertar .Penduduk kampung sudah mula membina rumah di kawasan berhampiran.Kenangan Zia bersama kolam yang diusahakan oleh abang sulungnya sendiri kini menjadi kenangan pahit dan indah buat dirinya.
Tiada lagi cerita atau kisah tentang lembaga besar berbulu seakan monyet kedengaran di kampung ini.Wallahualam....

Bantu Saya Untuk Tunaikan Impian Mendapat 1 JUTA Klik.
Klik DISINI Untuk Penuhi Impian Saya.Terima Kasih
Pautan Ditaja Oleh Lynk.my

No comments:

Speak Your Mind

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger TemplatesPublished.. Blogger Templates