Friday 8 January 2016

Surat Untuk ASTRO dan NJOI


Post pada kali ini Tuan Asam tujukan  penyiar tv  satelit ASTRO atau NJOI dan rakan-rakan pembaca yang merupakan penonton setia siaran tv ASTRO PRIMA KLASIK di saluran 105 .Tuan Asam sendiri juga merupakan penonton setia untuk siaran tvASTRO PRIMA KLASIK.

Syabas dan tahniah Tuan Asam ucapkan buat penyiar tv satelit ASTRO atau NJOI kerana terus menyiarkan rancangan ASTRO PRIMA KLASIK yang bersiaran pada jam 1:00 tengahari pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.Siaran seperti ini sesuai untuk ditonton oleh keluarga dan seluruh lapisan masyarakat.Setiap jam 1:00 tengahari jika tidak sibuk dengan tugasan harian,sudah pasti Tuan Asam menyiapkan kopi dan sedikit makanan ringan,duduk di sofa sambil menonton ASTRO PRIMA KLASIK di saluran 105.

Tuan Asam berharap agar pihak ASTRO dan NJOI meneruskan usaha untuk menyiarkan rancangan ASTRO PRIMA KLASIK ini sehingga bila-bila,selamanya dan secara PERCUMA.Siaran ASTRO PRIMA KLASIK seperti ini baik untuk generasi masa kini dan akan datang kerana mereka sudah terlalu jarang menonton filem-filem lama 50an sehingga 70an.Generasi sekarang juga tidak pernah tahu dan tidak pernah mengambil tahu langsung siapakah pelakon-pelakon hebat veteran tanah air yang kita di zaman 50an sehingga 70an.


Sebenarnya juga siaran ASTRO PRIMA KLASIK ini banyak memberitahu kita betapa tidak kurang hebatnya pelakon-pelakon veteran tanah air kita di masa dahulu.Seperti Allahyarham Salleh Kamil,Nordin Ahmad,Mat Sentol,Allahyarham Ahmad Mahmud,Siti Tanjung Perak,Malek Selamat,Ibrahin Din,Allahyarham Bat Latif,Zaiton Abdullah,Sarimah dan ramai lagi.Sekaligus ia membuatkan kita tidak terlupa dengan bakat-bakat hebat pelakon veteran yang kita ada pada masa dahulu.Malah Tuan Asam sendiri boleh katakan pelakon veteran tanah air kita dahulu lebih hebat dan lebih kreatif dari pelakon-pelakon yang ada pada masa kini.

Poster Filem SITI ZUBAIDAH 1961 Cathay Keris

Walaupun filem-filem dimasa  dahulu hanya berwarna hitam putih,tetapi ia langsung tidak merosakkan sesebuah filem malah ia berjaya menitik beratkan nilai kebudayaan dan menyampaikan sejuta mesej buat penonton setia ASTRO PRIMA KLASIK.

Gambar dari sedutan filem Pontianak Gua Musang arahan B.N RAO 1964
Tuan Asam juga amat-amat berharap agar pihak ASTRO dan NJOI menyediakan satu saluran khas untuk menyiarkan filem-filem lama 50an sehingga 80an yang boleh ditonton selama 24 jam tanpa henti,mungkin juga boleh dibuat secara percuma.Idea atau permintaan Tuan Asam ini mungkin agak keterlaluan ,kurang bernas atau melampau untuk pihak ASTRO dan NJOI,.Bagi Tuan Asam ini merupakan salah satu cara agar dapat membantu kita untuk terus menghidupkan filem-filem melayu lama 50an hingga 80an dan mengembalikan nostalgia lama buat penonton-penonton setia ASTRO PRIMA KLASIK.Sekaligus membuatkan kita tidak lupa akan asal usul kebudayaan filem melayu klasik dan bakat-bakat serta lakonan hebat pelakon veretan tanah air kita di masa dahulu.



Bantu Saya Untuk Tunaikan Impian Mendapat 1 JUTA Klik.
Klik DISINI Untuk Penuhi Impian Saya.Terima Kasih
Pautan Ditaja Oleh Lynk.my

No comments:

Speak Your Mind

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger TemplatesPublished.. Blogger Templates