Sunday 31 January 2016

PSP Kembali Bernyawa

Playstation Portable kini kembali tersenyum dan bernyawa!

"Hanya beberapa jam selepas diiklankan,seorang lelaki berbangsa cina menelefon Tuan Asam menanya mengenai Playstation Vita yang diiklankan"
Beberapa tahun lepas Tuan Asam pernah memiliki PlayStation Portable(PSP).Sekian lama PSP Tuan Asam menjadi teman dimasa lapang akhirnya PSP Tuan Asam mula meragam.Bermula dari memory card kemudian melarat pula ke bateri.Berbulan-bulan juga lamanya PSP milik Tuan Asam menyendiri didalam laci almari.Sesekali Tuan Asam hanya mampu melihat PSP yang terbaring didalam laci.Memandangkan perbelanjaan  ketika itu agak menurun,maka Tuan Asam tinggalkan sebentar hasrat untuk membaiki semula PSP kesayangan.Pada masa yang sama,Tuan Asam berhasrat dan berimpian untuk memiliki Handheld yang lain iaitu Playstation Vita.

Awal tahun 2015 pada bulan Febuari,Tuan Asam bertugas dan dihantar ke negara gajah putih,Thailand.Tuan Asam ditugaskan untuk melakukan kajian dan survey tentang minyak di bandar Bangkok selama 6 bulan.Ketika itulah Tuan Asam berpeluang menyimpan sedikit demi sedikit wang gaji untuk membeli handheld impian iaitu Playstation Vita.Selepas 5 bulan bertugas di bandar Bangkok,akhirnya impian untuk memiliki Playstation Vita tercapai! Wang yang dikumpul akan ditukar.Tuan Asam membelanjakan hampir tiga ribu ringgit untuk membeli Playstation Vita.Tuan Asam juga tidak mahu memberi komen tentang harga sama ada murah atau mahal asalkan impian memiliki Playstation Vita tercapai.Memandangkan Playstation Vita  mempunyai banyak fungsi serta pelbagai aplikasi yang lebih menarik, maka tidak hairanlah mengapa Tuan Asam memilih untuk membelinya.PSP lama yang rosak masih lagi bergelap terbaring didalam laci di tanah air.

Pertengahan 2015,Tuan Asam kembali ke tanah air.Playstation Vita yang dibeli dari negara gajah putih menjadi teman baik Tuan Asam untuk memenuhi masa lapang yang ada.Hampir dua ribu ringgit juga Tuan Asam habiskan untuk membeli game-game yang ada pada Playstation Vita.Penghujung 2015 sekali lagi perbelanjaan Tuan Asam menurun.Tuan Asam berfikir sejenak.Terpaksa Tuan Asam membuat keputusan untuk menjual dan melelong Playstation Vita yang dibeli dari negara gajah putih itu.Walaupun pada mulanya terasa berat untuk Tuan Asam lepaskan.Perbelanjaan menurun memaksa Tuan Asam untuk membuat keputusan drastik itu.Mudah.my menjadi pengantara.Tuan Asam meletakkan harga yang agak berpatutan memandangkan Playstation Vita Tuan Asam berstatus second hand.Hanya beberapa jam selepas diiklankan,seorang lelaki berbangsa cina menelefon Tuan Asam menanya mengenai Playstation Vita yang diiklankan.Lelaki itu bersetuju dengan bebrerapa syarat dan harga yang Tuan Asam letakkan.Beberapa hari kemudian Playstation Vita tersebut berpindah tangan dan menjadi hak milik orang lain.Selamat tinggal Playstation Vita.Tuan Asam mula terkenang kembali PSP yang ada didalam laci.Tuan Asam membuka laci dan membangunkan semula PSP yang telah lama terbaring didalam laci almari.

Satu pertiga wang dari Playstation Vita tersebut dibelanjakan untuk menghidupkan kembali PSP yang sudah lama tidak bernyawa itu.Tuan Asam melawat kedai online Lelong.com.my untuk membeli bateri dan kad memori PSP dengan harga yang agak berpatutan.PSP yang suatu ketika dahulu penjadi teman ketika masa lapang,kini telahpun kembali bernyawa,mengikut arahan butang dan menyanyikan melodi permainan perang.

Bantu Saya Untuk Tunaikan Impian Mendapat 1 JUTA Klik.
Klik DISINI Untuk Penuhi Impian Saya.Terima Kasih
Pautan Ditaja Oleh Lynk.my

No comments:

Speak Your Mind

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger TemplatesPublished.. Blogger Templates