Monday 18 January 2016

Ash Sekali Lagi Melawan Hantu Dan Syaitan

Ash Vs Evil Dead.Imej dipinjam dari www.comingsoon.net
PERINGATAN : FILEM DAN DRAMA INI MEMPUNYI UNSUR-UNSUR KEGANASAN dan SEKS.HANYA SESUAI DITONTON OLEH MEREKA YANG BERUMUR 18 TAHUN KEATAS SAHAJA.

Pernahkah rakan-rakan pembaca menonton filem seram EVIL DEAD yang suatu ketika dahulu cukup popular di zaman 80an dan 90an lakonan Bruce Campbell atau lebih senang dipanggil sebagai Si Tangan Chainsaw? Rata-rata rakan pembaca mesti akan kata “YA pernah”,”Nostalgia tu geng..hantu lama”,”Hantu yang lucu”.Tuan Asam boleh katakan filem EVIL DEAD antara filem klasik yang tidak harus kita lupakan.


Filem arahan Sam Saimi ini telah menayangkan filem EVIL DEAD dalam 3 Siri kesinambungan yang berbeza iaitu The Evil Dead (1981), Evil Dead 2 Dead By Dawn(1987) dan Evil Dead Army Of Darkness(1992).Pada 2013 selepas 20 tahun penerbitan filem Evil Dead Army Of Darkness sekali lagi filem EVIL DEAD diterbitkan.Filem Evil Dead Remake kali ini bukan lagi diarahkan oleh Sam Saimi.Filem Evil Dead Remake yang diarahkan oleh Fede Alvarez sekali lagi memanggil pelakon utama Bruce Campbell ( Dewa Chainsaw) untuk menjadi pelakon utama dalam filem tersebut.Pada penghujung Oktober 2015 sekali lagi EVIL DEAD menggembirakan peminat peminat filem seram klasik ini dengan menayangkan EVIL DEAD dalam bentuk siri drama TV iaitu ASH VS EVIL DEAD.Episod pertama ( El-Jefe) yang ditayangkan pada 31 Oktober 2015 telah mendapat sambutan hangat dengan lebih 400juta penonton di seluruh dunia. Rakan-rakan pembaca boleh baca serba sedikit Sinopsis tentang ASH VS EVIL DEAD ini.Kalau rajin,rakan boleh tonton juga trailer yang Tuan Asam tampal dan pinjam dari Youtube.

Sinopsis ASH VS EVIL DEAD
Selepas 30 tahun peristiwa Evil Dead,Ash(Bruce Campbell) kini menyendiri.Ash yang cuba melupakan peristiwa Evil dead cuba untuk menyesuaikan diri menjadi insan biasa dengan kehidupan yang normal.Walaupun begitu hidupnya yang bersendirian terkadang membuatkan dirinya merasa bosan.Sehingga pada suatu malam ketika Ash ( Bruce Campbell ) berada didalam khayalan terbaca semula mantera Syaitan-syaitan yang terdapat pada buku kuno syaitan dan hantu.Kesilapannya itu menyebabkan hantu-hantu dan syaitan kembali menggangu Ash.Ash ( Bruce Campbell ) yang secara tidak sengaja menyeru hantu dan syaitan kini bernekad untuk membunuh kesemua hantu dan syaitan tersebut dan menghapuskan mereka dari dunia syaitan.Ash ( Bruce Campbell) bersama 2 lagi rakannya akan bersama-sama menghapuskan mereka.


Ash VS Evil Dead masih lagi ditayangkan untuk musim pertama dan Tuan Asam tengah muat turun episod yang terbaru.Episod-episod yang akan datang akan terus menemani peminat-peminat setia drama tv Ash VS Evil Dead ini.Amatlah rugi buat rakan-rakan  rakan-rakan dan peminat filem EVIL DEAD lakonan Bruce Campbell  jika tidak menonton dan mengikuti siri drama tv Ash Vs Evil Dead.Seram pun ada , lucu pun ada.Drama Tv ini hanya sesuai ditonton oleh mereka yang berumur 18 tahun keatas sahaja.Terutama yang berjiwa keras.

Bantu Saya Untuk Tunaikan Impian Mendapat 1 JUTA Klik.
Klik DISINI Untuk Penuhi Impian Saya.Terima Kasih
Pautan Ditaja Oleh Lynk.my

No comments:

Speak Your Mind

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger TemplatesPublished.. Blogger Templates