Thursday 31 December 2015

Selamat Tahun Baru 2016


Apa khabar rakan blogger sekalian.
Malam ini tentunya malam yang agak meriah untuk rakan-rakan blogger dan  mereka diluar sana meraikan detik kedatangan tahun baru 2016.Tahun baru dan sudah tentunya tersemat azam baru didalam hati masing-masing.

Tuan Asam baru sahaja selesai buat sedikit jamuan makan-makan bersama beberapa sahabat karib admin.Jamuan sederhana  yang tak seberapa untuk meraikan kedatangan tahun baru 2016.Walaupun kurang meriah tidak seperti tahun-tahun yang lepas akan tetapi Tuan Asam tetap bersyukur masih bernafas dan boleh duduk-duduk lepak dengan rakan-rakan karib Tuan Asam.


Ada juga beberapa orang rakan cuba ajak Tuan Asam duduk lepak sehingga jam 1 atau 2 pagi.Tuan Asam tolak pelawaan mereka penuh sopan sebab Tuan Asam nak raikan sisa-sia waktu sebelum menjelang detik 12:01 pagi bersama anak isteri dan keluarga dirumah dan sambut tahun baru 2016 Kalau zaman bujang tentunya Tuan Asam tak menolak pelawaan rakan-rakan.Keadaan berubah.Keluarga yang penting,sahabat tidak dilupakan.Walaupun aktiviti seumpama ini berlaku setahun sekali.Keluarga tetap keluarga.

Sempat jugalah Tuan Asam ON laptop buka blog dan cuba menulis ucapan tahun baru untuk semua rakan-rakan blogger diluar sana.Walaupun ucapan agak ringkas tetapi mungkin bermakna untuk rakan-rakan blogger dan diri Tuan Asam sendiri.

Apa-apa pun sebelum Publish dan beralih ke entry seterusnya,Tuan Asam ingin mengucapkan Selamat tahun baru 2016  buat semua warga Blogger tak kira berkulit putih hitam coklat..Tuan Asam juga mendoakan semoga azam dan harapan rakan-rakan blogger tercapai untuk tahun 2016 ini disertai kenangan yang manis untuk dikenang di tahun hadapan.Apa yang penting harapan dan azam untuk blog jangan dilupakan. Majulah Blog Untuk Semua.

Sekian.Assalamualaikum.


Bantu Saya Untuk Tunaikan Impian Mendapat 1 JUTA Klik.
Klik DISINI Untuk Penuhi Impian Saya.Terima Kasih
Pautan Ditaja Oleh Lynk.my
[Baca Selanjutnya]

Tuesday 29 December 2015

Keputusan Untuk Contest Review Lynk.my Telah Pun Diumumkan













Pada 29 Disember 2015 Lynk.my telah pun mengumumkan dan menyenaraikan para pemenang untuk Contest Review Lynk.my.Pertandingan yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Lynk.my berlangsung selama 2 bulan bermula 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015 mendapat sambutan di luar jangkaan Tuan Asam sendiri.Pertandingan ini menyenaraikan 3 Kategori iaitu TOP SEO , TOP CREATIVE dan TOP LYNKUNDI ini,menjanjikan hadiah lumayan untuk para pemenang yang bernilai RM4000 ringgit Malaysia.Seramai 104 peserta termasuk Tuan Asam sendiri telah menyertai dan mengambil bahagian dalam menyahut cabaran untuk Contest Review Lynk.my 2015 kali ini.

Pada pandangan Tuan Asam sendiri,Contest yang dianjurkan oleh Lynk.my ini merupakan Contest atau pertandingan yang harus dicontohi oleh mana-mana pemilik laman- laman web seluruh Malaysia.Pertandingan yang sebegini rupa boleh menyuntik sedikit sebanyak semangat para blogger dan penulis untuk terus berkarya dan memperbaiki kelemahan dari segi penulisan.Tuan Asam sendiri juga walaupun tidak terlalu baik dari segi penulisan,akan tetapi tetap cuba untuk menyenaraikan diri menyahut cabaran sebagai peserta didalam Contest Review Lynk.my untuk tahun 2015 ini.Sekaligus pertandingan sebegini dapat melahirkan persaingan yang sihat untuk semua blogger-blogger seluruh Malaysia.

[Baca Selanjutnya]

Monday 28 December 2015

Free Movie Celcom

Imej dipinjam dari www.xpax.com.my

Ada tak antara rakan-rakan pembaca disini yang menggunakan perkhidmatan telco CELCOM.?
Berita baik kepada pengguna dan pelanggan CELCOM diseluruh pelusuk dunia.

Sebentar tadi Tuan Asam melawat dan melayari laman web rasmi XPAX.COM.MY.Tuan Asam terjumpa satu page yang agak menarik juga untuk Tuan Asam kongsikan.Page yang mempamerkan sebuah kempen anjuran CELCOM.Kempen yang diberi nama MILLION OF MAGIC ini dibuka kepada semua pelanggan ALL XPAX dan MAGIC SIM .Kempen yang menyajikan hadiah berupa TIKET MOVIE PERCUMA  ini bermula pada 4 Disember 2015 sehingga 29 Febuari 2015 dan ianya berlangsung selama 2 bulan.

Tuan Asam juga ingin berkongsi serba sedikit tentang kempen ini.Manalah tahu ada rakan-rakan pembaca atau pelanggan ALL XPAX dan MAGIC SIM yang berminat untuk menyertai kempen ini.

[Baca Selanjutnya]

Sunday 27 December 2015

Buat Duit Dengan 8Share


8Share?
Rasanya Tuan Asam dah tinggalkan laman web 8Share lebih dari setahun dan Tuan Asam kini cuba untuk kembali mengembara bersama 8Share.Setahun lebih lepas,Tuan Asam tinggalkan 8Share bukan kerana apa-apa kes penipuan tentang bayaran atau seumpanya.Tuan Asam sibuk dengan urusan yang lebih penting dan mungkin juga terlena dengan laman-laman web lain yang menjanjikan side income yang lebih lumayan.Tanpa menyedari 8Share juga sebenarnya antara laman web terbaik untuk kita menjana sedikit kewangan.

Sepanjang Tuan Asam menggunakan 8Share ini pada beberapa tahun lepas,dimana 8Share mula bertapak di dunia internet,Tuan Asam pernah melakukan sekali sahaja CASH OUT sebanyak RM50.Setakat ini tidak berani untuk Tuan Asam meng'kategori'kan laman web 8Share ini sebagai Scam atau seumpamanya.Walaupun hasil lambat menaik akan tetapi hasil usaha kerajinan berkongsi cerita 8Share,Alhamdulillah akhirnya dapat juga Tuan Asam merasa hasil usaha.Setakat minyak kereta lepas.

Akaun lama 8Share yang Tuan Asam daftar setahun lebih dahulu kini sudah dihapus oleh pihak 8Share sendiri kerana Tuan Asam sendiri kurang aktif sebagai ahli kelab  8Share ketika itu.
Sebentar tadi Tuan Asam telah memulakan hidup baru dengan mendaftar diri sebagai ahli kelab 8Share untuk yang kedua kalinya.Dengan harapan dapat menjana sedikit kewangan dengan 8Share yang serba berwajah baru dengan hadiah-hadiah yang lebih menarik.

Sebelum rakan-rakan boleh terus membaca serba sedikit info yang Tuan Asam bagi tentang 8Share dan bagaimana ia boleh memberi pendapatan sampingan kepada kita.


[Baca Selanjutnya]

Saturday 26 December 2015

Azam 2016

Imej dipinjam dari http://c4hr.co.uk/


 

Salam sejahtera rakan pembaca dan rakan-rakan blogger sekalian.

Ditengah-tengah Tuan Asam bersarapan tadi Tuan Asam terlihat tarikh di kalender pada bulan Disember 2015 semakin hampir ke penghujungnya.Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi dan tahun 2016 akan disambut dengan penuh keazaman.

Pada masa yang sama Tuan Asam memasang niat untuk menulis tentang azam pada blog Tuan Asam kali ini.Mungkin ini kali pertama juga Tuan Asam menulis dan berkongsi tentang azam dan impian yang  akan dipasang sepanjang berjalannya tahun 2016.Pada tahun sebelumnya Tuan Asam tidak telalu banyak bercerita atau berkongsi tentang azam tahun baru dengan rakan-rakan atau keluarga.

Sebenarnya kita sebagai hamba Allah atau manusia biasa yang bersifat penuh impian tentu sahaja memasang pelbagai niat untuk tahun -tahun yang akan datang.Pada tahun ini walaupun impian atau azam yang dipasang tidak kesampaian atau belum tercapai,namun usah kita bertukar ke azam yang lain selagi belum bersedia.Sambungkan sahaja azam yang ditanam pada tahun lepas dan bawalah ia ke tahun 2016.Mungkin hasilnya akan kita perolehi.Apa yang penting,niat serta azam yang rakan-rakan pasang diiringi dengan niat yang baik dan ikhlas.

Azam yang Tuan Asam pasang pada tahun-tahun lepas ada yang termakbul dan ada lagi yang belum.Jika hendak ditanya atau bercerita tentang azam Tuan Asam untuk tahun ini,Tuan Asam banyakkan dengan memperbaiki kehidupan Tuan Asam.Terlalu panjang untuk Tuan Asam huraikan.Entry yang ditaip kali ini bukan terlalu memfokuskan azam untuk kehidupan Tuan Asam,akan tetapi berkongsi azam untuk blog yang Tuan Asam telah dicipta baru-baru ini.

[Baca Selanjutnya]

Debaran Lynk.my Kian Terasa

Imej dipinjam dari adiazudin.com

Klik DISINI untuk melihat Senarai Pemenang Contest Review LYNK.MY 2015

Baru baru ini Lynk.My telah mengadakan peraduan dan pertandingan Contest Review untuk Lynk.My.Contest Review yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu Top Creative,Top SEO dan Top Lynkundi ini menjanjikan hadiah lumayan berjumlah sehingga RM4 ribu ringgit. Contest Review  ini bermula pada 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015 berlangsung selama 2 bulan .Peraduan Contest Review yang dianjurkan oleh Lynk.My ini akan mengumumkan pemenang dalam masa kurang dari 2 hari sahaja lagi,iaitu pada 29 Disember 2015 .Bagi peserta-peserta yang telah mendaftar sebagai ahli dan perserta pertandingan di Lynk.My dan menulis Review Lynk.My ,sudah tentu tidak sabar menantikan hari pengumuman pemenang.Siapa yang akan mendapat hadiah untuk peraduan Contest Review Lynk.My sama-samalah kita nantikan

Walaupun baru-baru ini Tuan Asam sendiri ada terlewat sedikit menulis review tentang apa itu Lynk.My dan Contest Review,namun ia tidaklah memudarkan semangat Tuan Asam untuk menjadi salah seorang dari peserta yang menyahut cabaran untuk pertandingan Review Lynk.My untuk tahun 2015.Mungkin review Tuan Asam tidaklah sehebat atau sekreatif para peserta lain.Namun,ada di antara blogger dan rakan pembaca memberi komen dan kata semangat kepada Tuan Asam.Terima kasih tak terhingga Tuan Asam ucapkan.

[Baca Selanjutnya]

Thursday 24 December 2015

Lubuk Anime Bagi Penggemar Tegar Anime

Imej dipinjam dari blog.riptapparel.com


Salam sejahtera rakan blogger.Sekali lagi bertemu kita dalam blog ini.Walaupun kita bukan bersua muka di dunia nyata tetapi ia sudah dikira sebagai pengerat Silaturahim melalui Blog.Setuju? Jika dunia internet yang semakin luas ini diguna pakai dengan cara betul dan baik,Insya Allah ia boleh memberi manfaat yang berguna untuk rakan-rakan pembaca dan rakan blogger yang lain.

Untuk entry kali ini Tuan Asam tak berkongsi sesuatu yang rasanya tidaklah terlalu penting.Cuma Tuan Asamsekadar ingin berkongsi tentang sebuah laman web untuk penggemar-penggemar animasi dari Jepun.Dimana laman web ini telah menyimpan lebih 40 ribu fail video Anime untuk dimuat turun terus ke PC atau henpon secara percuma.Sekali lagi,secara percuma.Sudah tentu entry kali ini merupakan entry yang menarik untuk penggemar dan peminat tegar Anime atau animasi-animasi yang dihasilkan dari negara matahari terbit Jepun.
[Baca Selanjutnya]

Shortener link terbaik MALAYSIA


Salam sejahtera rakan-rakan sekalian.Tuan Asam kembali dengan menaip semula tentang sesuatu di atas laman blog Tuan Asam.PadaEntry kali ini Tuan Asam cuba ingin berkongsi sedikit tentang Shortener Link atau URL Shortener yang terbaik pernah ada di MALAYSIA.

Apa itu URL Shortener?
Url Shortener ialah salah satu aplikasi didalam talian yang menyediakan perkhidmatan menukar URL tetap atau URL panjang kepada URL yang lebih pendek.Pengguna hanya perlu menyalin URL panjang dan masukkan ke ruangan aplikasi dan URL panjang tadi akan dipendekkan menjadi sekitar 10 hingga 20 aksara sahaja.

Sebagai Contoh Tuan Asam menyalin URL panjang 
"http://support.lynk.my/Thread-CONTEST-REVIEW-LYNK-MY-2015" dan admin akan memendekkannya dengan menggunakan aplikasi dilaman sesawang LYNK.MY[Daftar Sini].Rakan pembaca boleh lihat bagaimana Tuan Asam memendekkan URL menggunakan LYNK.MY[Daftar Sini] seperti gambar bergerak GIF yang tertera dibawah.
[Baca Selanjutnya]

Wednesday 23 December 2015

PIRATEBAY karam dan Benarkah ianya telah digantung?



Beberapa malam yang lepas,di tengah-tengah aktiviti Tuan Asam nak muat turun movie,Tuan Asam terbaca satu tajuk artikel yang Tuan Asam rasa ingin tahu sesangat sama ada ianya benar atau hanya sebagai notis amaran.Artikel ini dikeluarkan pada 15 December yang lalu.Tajuk artikel tersebut berkaitan dengan sebuah laman web muatturun yang tidak asing dan menjadi pujaan ramai dan lubuk segala fail-fail yang kita inginkan.Tuan Asam boleh katakan syurga fail-fail untuk dimuatturun.Apa tidaknya,dari fail-fail halal ke haram semua ada.Tinggal cari sahaja.Laman web yang Tuan Asam maksudkan ialah PIRATEBAY yang menyediakan fail-fail torrent untuk kita sedut.Tuan Asam tak dapat nak jelaskan apa itu fail torrent.Panggil abang GOOGLE kalau ingin tahu.Rakan-rakan pembaca boleh baca sendiri artikel yang Tuan Asam maksudkan.Piratebay merupakan antara salah satu laman web yang paling Tuan Asam suka.

Artikel ini ditulis sendiri oleh laman torrentfreak.com pada 15 Disember oleh Andy

[Baca Selanjutnya]

Monday 21 December 2015

Gotham City ,BATMAN Dan Jenayah

Drama TV Gotham.Gambar disedut dari www.itvshowonline.com

Salam sejahtera rakan blogger sekalian.Tak tahulah mood Tuan Asam tak berapa nak ok malam ini untuk menulis dan menghampar sesuatu di atas hamparan blog post Tuan Asam kali ini.Tapi Tuan Asam kuatkan juga dan tiba-tiba Tuan Asam teringin nak berkongsi tentang drama TV dari negara barat yang dilayan dua tiga hari ini.

Pernah dengar drama TV bertajuk “GOTHAM”?Tuan Asam rasa segelintir rakan pembaca disini ada yang pernah menonton dan mengikut drama TV GOTHAM.Kalau ada rakan yang belum menonton drama TV bertajuk GOTHAM ni,rakan-rakan boleh menonton secara online DISINI.Free Of Charge,apa yang penting kuatkan dan banyakkan quota internet anda.

Walaupun setakat ini drama tv GOTHAM ni dah sampai ke episod 11 di musim kedua ini,Tuan Asam baru sampai tahap episod 5 musim 1.Tak larat Tuan Asam hendak layan hari-hari.Satu Episod satu hari dah dikira memadai.Apa-apa pun sebelum bergerak ke entry yang seterusnya,Tuan Asam nak berkongsi video trailer GOTHAM dan serba sedikit detail tentang drama TV GOTHAM ni.Memang terbaik.Kalau nak lebih detail lagi,panggil abang GOOGLE.

[Baca Selanjutnya]

Wednesday 16 December 2015

Cara Menyemak Penggunaan Data Internet Anda

Salam sejahtera rakan pembaca dan rakan blogger sekalian.Sudah 2 hari Tuan Asam tak update laman blog ini.Belum ada cerita menarik lagi hendak dikongsikan.Untuk Entry kali ini pun entry yang simple dan ringkas sahaja dari Tuan Asam.Tuan Asam ingin berkongsi dan bercerita serba sedikit secara ringkas tentang aplikasi yang membolehkan kita menyemak berapa banyak penggunaan data internet yang telah kita pakai sepanjang hari,minggu mahupun bulan.

Tuan Asam dah pakai guna aplikasi ini lebih dari setahun. Sepanjang Tuan Asam pakai aplikasi ini pada android phone ,Tuan Asam dah mula boleh mengatur perbelanjaan internet untuk sebulan dan berapa yang harus Tuan Asam pakai.Jadi Tuan Asam galakkan rakan-rakan blogger sekalian untuk mencuba aplikasi ini.

Rakan-rakan boleh sedut Aplikasi  terus ke android phone rakan-rakan DISINI

kalau ingin yang original berstatus UPDATE boleh sedut DISINI

Sebelum sedut bolehlah rakan-rakan semak dulu screenshot yang Tuan Asam tampal dibawah.

[Baca Selanjutnya]

Saturday 12 December 2015

Semudah MUDAH.MY

Selamat tinggal XBOX ku sayang.Kini kau sudah jadi milik orang.Layanlah dia baik-baik


Salam sejahtera rakan rakan pembaca sekalian .Pada entry atau post kali ini,Tuan Asam nak berkongsi sedikit cerita atau pengalaman Tuan Asam sebagai seorang penjual dan berurusniaga dengan pembeli di laman sesawang MUDAH.MY.

Tuan Asam pernah memiliki console permainan XBOX360 jenis Kinect.Tuan Asam sudah bosan dengan console tersebut dan beberapa bulan kebelakangan ini Tuan Asam dah tak layan XBOX360.Tuan Asam simpan dan biarkan didalam kotak.Beberapa hari lepas Tuan Asam pasang niat untuk menjualnya.Tuan Asam jadikan laman sesawang MUDAH.MY sebagai platform atau pengantara untuk Tuan Asam jual XBOX360 tu.Manalah tahu ada pembeli yang minat nak beli dan Tuan Asam letak harga dalam RM300.Letak murah berpatutan dengan status 2ND HAND.

Kurang dari sejam selepas Tuan Asam mengiklankan console XBOX360 tersebut,berdesup-desup SMS,Whatsapp dan call singgah ke henpon Tuan Asam.Tuan Asam betul-betul tak sangka yang konsol permainan XBOX360 tu masih lagi dicari dan digilai ramai oleh peminat-peminat permainan video.Cuma Tuan Asam je yang tak perasan.Mungkin juga harga yang Tuan Asam letak kat iklan tu nampak murah dimata pembeli.Tak menang tangan Tuan Asam nak reply atau balas mesej-mesej yang singgah di henpon.Jadinya Tuan Asam pilih salah seorang yang pertama whatsapp ,benar-benar berniat untuk membeli dan tinggal berdekatan dengan kediaman Tuan Asam.

[Baca Selanjutnya]

Friday 11 December 2015

Permulaan



Assalamulaikum rakan blogger.

Malam yang sunyi lagi indah ini Allah beri Tuan Asam kesempatan untuk cuba sekali lagi berBLOG.Walaupun asalnya Tuan Asam dah memiliki berpuluh -puluh blog tapi semuanya tak jalan.Dengan kata lainnya,putus ditengah jalan.Bukan disebabkan tiada waktu atau tiada idea.Semuanya disebabkan kebosanan dalam menulis dan  tak tahu apa yang hendak disampaikan dan dihamparkan ke dalam blog.Mungkin juga Tuan Asam terleka dan terlena dengan laman-laman sosial yang sekarang ini tumbuh menumbuh.Semuanya hendak berstatus raja seperti FACEBOOK dan Twitter.

Dari blog jenis cerita ,perkongsian maklumat dan perkongsian fail semuanya Tuan Asam dah cuba sampaikan.tetap tak jalan.Kali ini,Insya Allah Tuan Asam akan cuba sampaikan dengan tenang dan perlahan.Sementara idea datang dan jari jari rajin menekan papan kekunci ini,tak salah dan belum terlambat untuk Tuan Asam mula berjalan mencipta blog baru.Tuan Asam betul betul berharap kali ini.Dengan adanya blog berwajah baru,bernama baru dan dengan gaya baru Tuan Asam mahu terus bersemangat dalam memberi apa jua penyampaian dan hamparan yang hendak dan akan Tuan Asam sampaikan di dalam blog Tuan Asam ini.Sementara GOOGLE masih menyediakan perkhidmatan blog dalam bentuk percuma.

[Baca Selanjutnya]
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger TemplatesPublished.. Blogger Templates