Imej sekadar hiasan.Dipinjam dari wmazmi.files.wordpress.com |
"Berita kematian Ina yang meminum racun mengejutkan orang-orang kampung.Ibu mertua Ina tidak menyangka Ina akan mengambil langkah yang tidak seharusnya dilakukan untuk meninggalkan dunia ini.Azman yang mendengarkan berita kematian Ina itu tidak mampu berkata apa-apa lagi.Azman yang lari ke tempat lain langsung tidak menziariahi jenazah bekas isterinya itu.Azman masih malu dengan ibunya dan juga orang-orang kampung.Jenazah Ina dikebumikan di kampung halamannya."
Kisah benar yang berlaku sekitar tahun 90an ini diceritakan oleh ibu Tuan Asam yang juga merupakan sahabat kepada Arwah Ina(Bukan nama sebenar).
Ina merupakan isteri yang baik dan juga merupakan ibu kepada 3 anak.Suami Ina.Azman(bukan nama sebenar) hanya bekerja sebagai buruh kasar.Walaupun Azman hanya bekerja sebagai buruh kasar,namun Azman dikatakan telah bermain kayu tiga tanpa pengetahuan Ina.Azman yang begitu baik,penyayang itu langsung tidak membuatkan Ina merasa cemburu atau curiga bahawa suaminya didalam rahsia bermain kayu tiga.Sehinggalah pada suatu hari,cerita Azman keluar bersama wanita lain hinggap ke telinga Ina.Ina sendiri seperti tidak percaya apa yang diceritakan oleh kawan-kawan Ina itu.Ina tidak mahu mendengar cerita yang kononnya suaminya itu telah keluar berfoya-foya dengan wanita lain selagi Ina tidak melihatnya dengan mata kepala Ina sendiri.Hampir sebulan lamanya Ina hanya berdiam dan sedih.Azman sedikit pun tidak tahu perubahan sikap Ina.
Sehinggalah pada suatu hari,Ina membuat keputusan untuk bertanya sendiri kepada Azman mengenai wanita yang diceritakan oleh kawan-kawan Ina itu.Namun Azman menidakkan cerita dan khabar angin itu.Azman sendiri terkejut bagaimana cerita itu sampai ke telinga isterinya.Azman yang keliru hanya tenang memberitahu Ina untuk tidak mendengar khabar angin dari kawan-kawan Ina.Khabar angin atau cerita tiada bukti seperti itu boleh meruntuhkan rumah tangga yang kukuh terbina.Ina lega bila mendengarkan kata-kata suaminya itu.Ina kini menelan dan percaya bulat-bulat akan kata-kata Azman.Ina yang dibuai dengan penipuan Azman hanya mampu tersenyum.Ina percaya bahawa Azman tidak akan sesekali merosakkan kesetiaan dalam rumahtangga yang mereka bina lebih sepuluh tahun itu.