Sunday 31 January 2016

Jeritan Dari Dalam Kubur

Imej sekadar hiasan.Dipinjam dari wmazmi.files.wordpress.com

"Berita kematian Ina yang meminum racun mengejutkan orang-orang kampung.Ibu mertua Ina tidak menyangka Ina akan mengambil langkah yang tidak seharusnya dilakukan untuk meninggalkan dunia ini.Azman yang mendengarkan berita kematian Ina itu tidak mampu berkata apa-apa lagi.Azman yang lari ke tempat lain langsung tidak menziariahi jenazah bekas isterinya itu.Azman masih malu dengan ibunya dan juga orang-orang kampung.Jenazah Ina dikebumikan di kampung halamannya."

Kisah benar yang berlaku sekitar tahun 90an ini diceritakan oleh ibu Tuan Asam  yang juga merupakan sahabat kepada Arwah Ina(Bukan nama sebenar).

Ina merupakan isteri yang baik dan juga merupakan ibu kepada 3 anak.Suami Ina.Azman(bukan nama sebenar) hanya bekerja sebagai buruh kasar.Walaupun  Azman hanya bekerja sebagai buruh kasar,namun Azman dikatakan telah bermain kayu tiga tanpa pengetahuan Ina.Azman yang begitu baik,penyayang itu langsung tidak membuatkan Ina merasa cemburu atau curiga bahawa suaminya didalam rahsia bermain kayu tiga.Sehinggalah pada suatu hari,cerita Azman keluar bersama wanita lain hinggap ke telinga Ina.Ina sendiri seperti tidak percaya apa yang diceritakan oleh kawan-kawan Ina itu.Ina tidak mahu mendengar cerita yang kononnya suaminya itu telah keluar berfoya-foya dengan wanita lain selagi Ina tidak melihatnya dengan mata kepala Ina sendiri.Hampir sebulan lamanya Ina hanya berdiam dan sedih.Azman sedikit pun tidak tahu perubahan sikap Ina.

Sehinggalah pada suatu hari,Ina membuat keputusan untuk bertanya sendiri kepada Azman mengenai wanita yang diceritakan oleh kawan-kawan Ina itu.Namun Azman menidakkan cerita dan khabar angin itu.Azman sendiri terkejut bagaimana cerita itu sampai ke telinga isterinya.Azman yang keliru hanya tenang memberitahu Ina untuk tidak mendengar khabar angin dari kawan-kawan Ina.Khabar angin atau cerita tiada bukti seperti itu boleh meruntuhkan rumah tangga yang kukuh terbina.Ina lega bila mendengarkan kata-kata suaminya itu.Ina kini menelan dan percaya bulat-bulat akan kata-kata Azman.Ina yang dibuai dengan penipuan Azman hanya mampu tersenyum.Ina percaya bahawa Azman tidak akan sesekali merosakkan kesetiaan dalam rumahtangga yang mereka bina lebih sepuluh tahun itu.
[Baca Selanjutnya]

PSP Kembali Bernyawa

Playstation Portable kini kembali tersenyum dan bernyawa!

"Hanya beberapa jam selepas diiklankan,seorang lelaki berbangsa cina menelefon Tuan Asam menanya mengenai Playstation Vita yang diiklankan"
Beberapa tahun lepas Tuan Asam pernah memiliki PlayStation Portable(PSP).Sekian lama PSP Tuan Asam menjadi teman dimasa lapang akhirnya PSP Tuan Asam mula meragam.Bermula dari memory card kemudian melarat pula ke bateri.Berbulan-bulan juga lamanya PSP milik Tuan Asam menyendiri didalam laci almari.Sesekali Tuan Asam hanya mampu melihat PSP yang terbaring didalam laci.Memandangkan perbelanjaan  ketika itu agak menurun,maka Tuan Asam tinggalkan sebentar hasrat untuk membaiki semula PSP kesayangan.Pada masa yang sama,Tuan Asam berhasrat dan berimpian untuk memiliki Handheld yang lain iaitu Playstation Vita.

Awal tahun 2015 pada bulan Febuari,Tuan Asam bertugas dan dihantar ke negara gajah putih,Thailand.Tuan Asam ditugaskan untuk melakukan kajian dan survey tentang minyak di bandar Bangkok selama 6 bulan.Ketika itulah Tuan Asam berpeluang menyimpan sedikit demi sedikit wang gaji untuk membeli handheld impian iaitu Playstation Vita.Selepas 5 bulan bertugas di bandar Bangkok,akhirnya impian untuk memiliki Playstation Vita tercapai! Wang yang dikumpul akan ditukar.Tuan Asam membelanjakan hampir tiga ribu ringgit untuk membeli Playstation Vita.Tuan Asam juga tidak mahu memberi komen tentang harga sama ada murah atau mahal asalkan impian memiliki Playstation Vita tercapai.Memandangkan Playstation Vita  mempunyai banyak fungsi serta pelbagai aplikasi yang lebih menarik, maka tidak hairanlah mengapa Tuan Asam memilih untuk membelinya.PSP lama yang rosak masih lagi bergelap terbaring didalam laci di tanah air.
[Baca Selanjutnya]

Friday 29 January 2016

Tinggal Di Planet Marikh Sendirian Tanpa Teman!

Imej dipinjam dari Amazon

Seminggu juga lamanya Tuan Asam dah tak update blog.Kerja sana-sini.Tak pernah nak dihabiskan.Esok lusa belum tahu lagi apa kerja yang akan harus Tuan Asam laksanankan.Walaupun begitu,sempat juga Tuan Asam membelai buka laptop kesayangan untuk sedut filem-filem dan drama-drama TV.Boleh layan ketika ada masa lapang.Internet burung hantu jadi mangsa.

Beberapa hari lepas,sempat juga Tuan Asam sedut satu filem dari laman web torrent.Filem yang Tuan Asam maksudkan ialah The Martian dan Tuan Asam baru sahaja selesai menonton filem tersebut.Bukan dipawagam,tapi hanya menggunakan laptop.Tak kisahlah filem The Martian telah pun ditayangkan pada Oktober 2015 lepas.Apa yang penting,Tuan Asam dapat menontonnya dalam bentuk High Defination.Layan habis.

Kepada rakan  pembaca yang belum pernah lagi menonton filem The Martian ini,rakan pembaca kenalah baca terlebih dahulu serba sedikit sinopsis filem ini dan tonton sedikit sedutan dari filem The Martian.Selepas itu,rakan-rakan boleh lah sedut filem ini.Tonton sampai habis.

[Baca Selanjutnya]

Monday 18 January 2016

Ash Sekali Lagi Melawan Hantu Dan Syaitan

Ash Vs Evil Dead.Imej dipinjam dari www.comingsoon.net
PERINGATAN : FILEM DAN DRAMA INI MEMPUNYI UNSUR-UNSUR KEGANASAN dan SEKS.HANYA SESUAI DITONTON OLEH MEREKA YANG BERUMUR 18 TAHUN KEATAS SAHAJA.

Pernahkah rakan-rakan pembaca menonton filem seram EVIL DEAD yang suatu ketika dahulu cukup popular di zaman 80an dan 90an lakonan Bruce Campbell atau lebih senang dipanggil sebagai Si Tangan Chainsaw? Rata-rata rakan pembaca mesti akan kata “YA pernah”,”Nostalgia tu geng..hantu lama”,”Hantu yang lucu”.Tuan Asam boleh katakan filem EVIL DEAD antara filem klasik yang tidak harus kita lupakan.

[Baca Selanjutnya]

Saturday 16 January 2016

Bermimpi Mahluk Berwajah Penuh Duri

Sekadar Gambar Hiasan.Dipijam dari baltyra.com


Kisah aneh yang ditulis ini adalah pengalaman sebenar yang diceritakan oleh sahabat kepada arwah ayah Tuan Asam.Peristiwa aneh dan seram ini terjadi disekitar tahun 2005.

Irwandi atau panggilan mesra dipanggil abang Wandi merupakan sahabat kepada arwah ayah Tuan Asam sendiri.Bertubuh sedikit sasa,berkulit hitam dan rambut sederhana panjang.Pekerjaan Abang Wandi hanyalah mengambil upah memotong pokok kayu di hutan untuk dijadikan papan-papan untuk rumah.Jika terdapat kayu-kayu lebih , Abang Wandi akan menjualnya kepada orang kampung.Harga kayu yang dijual berdasarkan bentuk saiz dan panjang kayu.Abang Wandi juga sering ditemani beberapa orang rakan-rakannya yang lain memotong kayu dihutan.Pendapatan yang mereka perolehi akan dibahagi sama rata selepas kayu-kayu habis dijual.

Petang itu ayah duduk di ruang tamu sambil menonton TV.Sesekali ayah menjenguk keluar pintu,seperti menanti kedatangan sesesorang.Beberapa ketika kemudian,kedengaran bunyi motosikal.Motosikal dihentikan,sesorang memberi salam.Tuan Asam dan ayah menjawab salam dengan serentak.Abang Wandi yang datang ke rumah.Patutlah ayah dari tadi asyik menjenguk keluar pintu.Rupa rupanya ayah menunggu sahabatnya itu datang ke rumah.Tuan Asam sudah tahu apa yang akan mereka berdua akan bincangkan.Jika sudah berjumpa,lain tidak,tentu sahaja bercerita mengenai jenis-jenis kayu yang hendak dipotong untuk dijadikan papan atau tiang rumah.
Abang wandi sering kerumah berjumpa ayah.Ayah merupakan pelanggan tetap dan sering membeli kayu dan papan-papan dari abang wandi.Cuma beberapa bulan ini abang wandi seperti jarang datang kerumah .Mungkin disebabkan kesibukan keluar masuk hutan.

[Baca Selanjutnya]
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger TemplatesPublished.. Blogger Templates